EMPAT IMAM MAZHAB
I.
IMAM ABU HANIFAH
Imam Abu Hanifah bernama lengkap An-Nu`man bin Sabit bin Zuta At-Taymiy.
Imam Abu Hanifah adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan pada
tahun 80 Hijrah (699 Masehi) di sebuah perkampungan bernama Anbar di
sekitar bandar Kufah, Iraq. Beliau hidup di zaman
pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan, Khalifah Bani Umaiyah yang
kelima. Beliau berketurunan Farsi dan ayahnya seorang peniaga kain.
Kemasyhuran nama Abu Hanifah menurut para ahli
sejarah ada beberapa sebab :
1. Karena ia mempunyai seorang anak laki-laki
yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Karena semenjak kecilnya sangat tekun
belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang
hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan
gelaran Abu Hanifah.
3.
Menurut
bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis
hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia
dinamakan Abu Hanifah.
Beliau dibesarkan di kota Kufah dengan
kehidupan yang senang dan mewah. Sejak kecil beliau sudah terdidik dalam urusan
perniagaan dan mendapat kemudahan untuk menuntut ilmu. Ini menjadikannya
seorang saudagar yang berpengetahuan tinggi dan berpegang teguh dengan hukum
Allah. Beliau seorang yang berakhlaq mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka
memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi. Beliau sering bangun malam untuk mengerjakan salat malam dan
membaca Al-Qur’an.
Ulama yang mengikuti mazhab Abu Hanifah lebih dikenal dengan ulama Hanafiyah. Diantaranya
mereka yang terkenal adlah Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Hasan bin Ziyad, dan
lainnya. Mazhab Hanafiyah telah menyebar ke berbagai wilayah Islam,
seperti Baghdad, Persia, India, Bukhara, Yaman, Mesir, dan Syam. Mazhab
Hanafiyah juga adalah mazhab yang paling banyak dianut pada masa Dynasti
‘Abbasiyah.
Metode yang digunakan Beliau dalam menetapkan
hukum (istinbat) berdasarkan pada tujuh hal pokok
1.
Al Quran sebagai sumber dari segala sumber hukum.
2.
Sunnah Rasul sebagai penjelasan terhadap hal hal yang
global yang ada dalam Al Quran.
3.
Fatwa sahabat (Aqwal Assahabah) karena mereka semua
menyaksikan turunnya ayat dan mengetahui asbab nuzulnya serta asbabul khurujnya
hadis dan para perawinya. Sedangkan fatwa para tabiin tidak memiliki kedudukan
sebagaimana fatwa sahabat.
4.
Qiyas (Analogi) yang digunakan apabila tidak ada nash
yang sharih dalam Al Quran, Hadis maupun Aqwal Asshabah.
5.
Istihsan yaitu keluar atau menyimpang dari keharusan
logika menuju hukum lain yang menyalahinya dikarenakan tidak tepatnya Qiyas
atau Qiyas tersebut berlawanan dengan Nash.
6. Ijma’ yaitu kesepakatan para mujtahid
dalam suatu kasus hukum pada suatu masa tertentu.
7. ‘Urf yaitu adat kebiasaan orang muslim
dalam suatu masalah tertentu yang tidak ada nashnya dalam Al Quran, Sunnah dan
belum ada prakteknya pada masa sahabat.
Imam Abu Hanifah wafat dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah (767 Masihi) dalam usia 70 tahun iaitu semasa
pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al Mansur, Khalifah Abbasiyah yang kedua.
Jenazah ulama agung ini dimaqamkan dengan penuh penghormatan oleh puluhan ribu
umat Islam di tanah perkuburan Al Khaizaran di kota Baghdad.
II.
IMAM MALIK
Imam Malik bernama lengkap Abu
Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin
Kutail bin Amr bin Haris Al
Asbahi. Beliau digelar Syaykhu l-Islam, Hujjatu l-Ummah, dan Imam Daru
l-Hijrah. Ayahnya ialah Abu `Abdi Llah, Ibunya bernama `Aliyah binti Syarik
Al-Azdiyyah. Beliau dilahirkan di
Madinah pada tahun 93H/713M, yaitu pada tahun kematian Anas khadam Rasulu Llah.
Imam Malik meninggal dunia pada pagi hari Ahad dalam bulan Rabi`u l-Awwal tahun
179H/ 789M ketika berusia 89 tahun dan dimakamkan di perkuburan Baqi`, Madinah.
Datuknya yang pertama, iaitu Malik bin `Amir adalah golongan `ulama’ tabi`in
yang terkemuka. Moyangnya, `Amir bin Al-Haris adalah seorang sahabat dan pernah
berperang bersama-sama dengan Nabi Muhammad.
Imam Malik seorang yang banyak
mendampingi `ulama’ Madinah sejak kecil. Ingatannya sangat kuat sehingga dapat
menghafaz Al-Qur’an dan Hadis sejak kecil. Beliau merupakan seorang Imam dalam
hadis dan riwayatnya dipercayaï. Beliau berguru dengan lebih daripada 900 orang
guru daripada kalangan tabi`in dan tabi` tabi`in. Gurunya yang pertama ialah
Imam `Abdu r-Rahman bin Hamzah. Beliau pernah mempelajari ilmu hadis daripada
Ibnu Syihab Az-Zuhriy dan ilmu ar-ra’y daripada Rabi`ah bin `Abdu r-Rahman.
Diantara guru-gurunya yaitu: Ayyub bin Abi Tamimah As-Sikhtiyaniy, Ja`far bin Muhammad As-Sadiq, Humayd At-Tawil,
Dawud bin Al-Husayn, Zayd bin Aslam, Salim Abu n-Nadhr, Sa`id bin Abi Sa`id
Al-Maqburiy, Abi Hazim Salmah bin Dinar Al-Madaniy, Suhayl bin Abi Salih, `Amir
bin `Abdi Llah bin Az-Zubayr, `Abdu Llah bin Dinar, `Amr bin Yahya bin `Ammarah
Al-Maziniy, Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhriy, Nafi` Mawla Ibnu `Umar,
Hisyam bin `Urwah, Yahya bin Sa`id Al-Ansariy.
Kecintaannya kepada ilmu menjadikan hampir seluruh
hidupnya diabdikan dalam dunia pendidikan, tidak kurang empat Khalifah, mulai
dari Al Mansur, Al Mahdi, Harun Arrasyid dan Al Makmun pernah jadi muridnya,
bahkan ulama ulama besar Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’i pun pernah menimba
ilmu darinya, menurut sebuah riwayat disebutkan bahwa murid Imam Malik yang
terkenal mencapai 1.300 orang. Ciri pengajaran Imam malik adalah disiplin,
ketentraman dan rasa hormat murid terhadap gurunya.
Karya Imam malik terbesar adalah bukunya Al Muwatha’ yaitu
kitab fiqh yang berdasarkan himpunan hadis hadis pilihan, menurut beberapa
riwayat mengatakan bahwa buku Al Muwatha’ tersebut tidak akan ada bila Imam
Malik tidak dipaksa oleh Khalifah Al Mansur sebagai sangsi atas penolakannya
untuk datang ke Baghdad, dan sangsinya yaitu mengumpulkan hadis hadis dan
membukukannya, Awalnya imam Malik enggan untuk melakukannya, namun setelah
dipikir pikir tak ada salahnya melakukan hal tersebut Akhirnya lahirlah Al
Muwatha’ yang ditulis pada masa khalifah Al Mansur (754-775 M) dan selesai di
masa khalifah Al Mahdi (775-785 M), semula kitab ini memuat 10 ribu hadis namun
setelah diteliti ulang, Imam malik hanya memasukkan 1.720 hadis.
Selain kitab tersebut, beliau juga mengarang buku Al
Mudawwanah Al Kubra.
Imam malik tidak hanya meninggalkan warisan buku, tapi juga mewariskan Mazhab fiqhinya di kalangan sunni yang disebut sebagai mazhab Maliki, Mazhab ini sangat mengutamakan aspek kemaslahatan di dalam menetapkan hukum, sumber hukum yang menjadi pedoman dalam mazhab Maliki ini adalah Al Quran, Sunnah Rasulullah, Amalan para sahabat, Tradisi masyarakat Madinah, Qiyas dan Al Maslaha Al Mursal ( kemaslahatan yang tidak didukung atau dilarang oleh dalil tertentu.
Imam malik tidak hanya meninggalkan warisan buku, tapi juga mewariskan Mazhab fiqhinya di kalangan sunni yang disebut sebagai mazhab Maliki, Mazhab ini sangat mengutamakan aspek kemaslahatan di dalam menetapkan hukum, sumber hukum yang menjadi pedoman dalam mazhab Maliki ini adalah Al Quran, Sunnah Rasulullah, Amalan para sahabat, Tradisi masyarakat Madinah, Qiyas dan Al Maslaha Al Mursal ( kemaslahatan yang tidak didukung atau dilarang oleh dalil tertentu.
Mazhab Malikiyah terus
dikembangkan oleh para pengikutnya dan menyebar ke banyak wilayah negeri Islam
hingga ke arah Barat menemui
wilayah Mesir, Afrika, Andalusia, dan Ujung
Maroko yang dekat ke Eropa. Begitu pula ke wilayah Timur, seperti Bashrah, Baghdad, dan lainnya.
III.
IMAM SYAFI’I
Imam Syafi’I bernama langkap
Muhammad bin Idris bin Al-`Abbas bin `Usman bin Syafi` bin As-Sa’ib dan
nasabnya sampai kepada `Abdu Manaf datuk Nabi. Dan ibunya masih merupakan cicit
Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau dilahirkan di desa Gaza,
masuk kota
‘Asqolan pada tahun 150 H/767 M. Saat beliau dilahirkan ke dunia oleh ibunya
yang tercinta, bapaknya tidak sempat membuainya, karena ajal Allah telah
mendahuluinya dalam usia yang masih muda. Lalu setelah berumur dua tahun, paman
dan ibunya membawa pindah ke kota
kelahiran nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wassalam, Makkah Al Mukaramah. Beliau meninggal dunia pada 29 Rajab tahun
204H/820M di Mesir.
Imam Asy-Syafi`iy mula-mula
belajar Al-Qur’an ketika berusia lima tahun dan telah menghafaz Al-Qur’an
ketika berusia tujuh tahun. Imam Asy-Syafi`iy mempunyaï ingatan yang
kuat, berkebolehan tinggi, dan dapat menghafal semua pelajaran yang diajar. Diantara
hal-hal yang menunjukkan kecerdasannya antara lain:
1.
Kemampuannya menghafal Al-Qur’an di luar kepala pada
usianya yang masih belia, tujuh tahun.
Cepatnya menghafal kitab Hadits Al Muwathta’ karya Imam Darul Hijrah, Imam Malik bin Anas pada usia sepuluh tahun.
Cepatnya menghafal kitab Hadits Al Muwathta’ karya Imam Darul Hijrah, Imam Malik bin Anas pada usia sepuluh tahun.
2.
Rekomendasi para ulama sezamannya atas kecerdasannya,
hingga ada yang mengatakan bahwa ia belum pernah melihat manusia yang lebih cerdas
dari Imam Asy-Syafi`i.
3.
Beliau diberi wewenang berfatwa pada umur 15 tahun.
Di Madinah, Imam Asy-Syafi`iy
belajar daripada Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Abi Yahya As-Samiy, Muhammad
bin Sa`id bin Abi Fudayl dan `Abdu Llah bin Nafi` As- Sani`. Imam Asy-Syafi`iy
menghafal kitab Al-Muwatta’ Imam Malik ketika berusia 10 tahun semasa beliau di
Makkah dan belum lagi berjumpa dengan Imam Malik. Imam Asy-Syafi`iy telah
datang ke Iraq pada tahun
195H dan tinggal di sana
selama dua tahun. Para `ulama’ di sana
telah belajar dengannya dan ramai antara mereka telah bertukar kepada mazhab
Asy-Syafi`iy daripada mazhab asal mereka. Kemudian Asy- Syafi`iy telah kembali
ke Makkah dan kemudian kembali ke Baghdad pada
tahun 198H dan tinggal di sana
selama sebulan. Kemudian Asy-Syafi`iy telah pergi ke Mesir sehingga dia mati.
Asy-Syafi`iy mati pada hari Juma`at pada penghujung bulan Rajab tahun 204H dan
dikebumikan di Al-Qarafah selepas `Asar.
Beliau mewariskan kepada
generasi berikutnya sebagaimana yang diwariskan oleh para nabi, yakni ilmu yang
bermanfaat. Ilmu beliau banyak diriwayatkan oleh para murid- muridnya dan
tersimpan rapi dalam berbagai disiplin ilmu. Bahkan beliau pelopor dalam
menulis di bidang ilmu Ushul Fiqih, dengan karyanya yang monumental Risalah.
Diantara sumbangannya yaitu:
1. Mengasaskan
kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadis yang
sahih untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat statusnya.
2.
Tidak
menerima kaedah istihsan.
3.
Mempersempitkan
penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum.
4.
Berijtihad
mengikut tempat dan suasana.
5. Berhujah
dengan golongan antihadis, disebut dalam kitab Ar-Risalah.
6.
Sangat
teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah `ibadah.
7.
Antara
karangan beliau ialah Ar-Risalah, Al-Umm, Ikhtilafu l-Hadis, Al-Musnad
8.
dan
lain-lain.
Mazhab Syafi’iyah telah
memenuhi berbagai wilayah kota besar di Qatar selain penduduk asli dan suku
pedalaman. Mazhab Syafi’iyah juga berkembang di Palestina, Kurdistan, dan
Armenia.. begitu juga dengan para penganut Ahlus Sunnah di Persia, Muslim di
Wilayah Thailand, Philipina, Jawa dan sekitarnya, India, Cina, Australia, Iraq,
Hijaz, dan Syam bersama-sama dengan mazhab lainnya.
IV.
IMAM AHMAD BIN HANBAL
Namanya ialah Abu `Abdi Llah
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin `Abdi Llah bin Hayyan bin `Abdi llah bin Anas bin
`Awf bin Qasit bin Mazin Ibnu Syayban bin Zahl bin Sa`labah bin `Ukabah bin
Su`b, bin `Aliy bin Bakv Wa’il bin Qasit bin Wahb bin Afsiy Asy-Syaybaniy
Al-Muruziy Az-Zahliy Al- Baghdadiy. Beliau lahir di kota
Baghdad pada
bulan rabi’ul Awwal tahun 164 H (780 M), pada masa Khalifah Muhammad al Mahdi
dari Bani abbasiyyah ke III. Nasab Imam Ahmad kembali kepada Bani Syayban dan
ia ialah suatu qabilah daripada Bani Rabi`ah `Adnaniyyah yang bertemu nasabnya
dengan Nabi pada Nizar bin Ma`d bin `Adnan. Ayahnya meninggal dunia ketika
beliau masih berusia tiga tahun. Ibunya bernama Safiyyah binti Maymunah binti `Abdu l-Malik Asy-Syaybaniy.
Beliau wafat pada 12 Rabi’ul Awwal 241 H (855). Pada hari itu tidak kurang dari
130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang Yahudi dan
Nashrani yang masuk Islam.
Imam Ahmad adalah seorang yang
miskin. Beliau terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang-barang
di jalan untuk menyara hidup. Beliau sangat mementingkan pendapatan yang halal,
justeru beliau tidak menerima hadiah atau pemberian tanpa membuat kerja. Beliau
sangat mementingkan
kebersihan dan kekemasan. Beliau seorang yang pendiam, suka berfikir dan tegas
menentang kemunkaran. Beliau juga tidak sombong atau bongkak. Beliau mengasihi
seseorang kerana Allah. Beliau bergaul dengan faqir miskin dan selalu memberi
bantuan kepada mereka.
Imam Ahmad menghafal Al-Qur’an
dan mempelajari bahasa `Arab. Beliau pergi mengembara ke beberapa buah negeri
untuk belajar seperti Kufah, Basrah, Syam dan Yaman. Beliau mula belajar hadis
ketika berumur 16 tahun. Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal
dan ahli di bidangnya. Misalnya
dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Sa’id al Qathan, Abdurrahman bin
Mahdi, Yazid bin Harun, sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari
kalangan ahli fiqh adalah Waki’ bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafi’i dan
Abu Yusuf (sahabat Abu Hanifah ) dll. dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal
sejuta hadits bersama sanad dan hal ikhwal perawinya.
Salah satu karya besar beliau
adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu hadits. Disamping beliau
mengatakannya sebagai kumpulan hadits-hadits shahih dan layak dijadikan hujjah,
karya tersebut juga mendapat
pengakuan yang hebat dari para ahli hadits. Selain al Musnad karya beliau yang
lain adalah : Tafsir al Qur’an, An Nasikh wa al Mansukh, Al Muqaddam wa Al
Muakhar fi al Qur’an, Jawabat al Qur’an, At Tarih, Al Manasik Al Kabir, Al
Manasik Ash Shaghir, Tha’atu Rasul, Al ‘Ilal, Al Wara’ dan Ash Shalah.
Beliau sangat benci dan
menentang fatwa terhadap suatu masalah yang tidak asa nash atau keterangan
ulama terdahulu di dalamnya. Kekerasan beliau nampak dalam keyakinannya bahwa
dalam kejadian harus ada nash atau atsarnya. Para
sahabatnya terfokus pada upaya mengkaji berbagai pendapat beliau yang tercantum
dalam fatwa-fatwanya. Antara `ulama’ yang terkenal yang menyebarkan mazhabnya ialah Abu Bakr bin Hani’,
Abu Qasim Al-Kharqiy, Muwaffiqu d-Din bin Qudamah, Syamsu d-Din bin Qudamah
Al-Maqdisiy, dan Taqiyyuddin Ahmad bin Taymiyyah. Mazhabnya tersebar ke Mesir, Iraq,
Syria, Hijaz dan Najd.
SUMBER
Qadir ar
Rahbawi, Abdul, 2005, Fikih Shalat Empat Madzhab, Yogyakarta: Hikam
Pustaka.
http://ad-diyari.com/fail_pdf/Artikel/TUGASAnBiografiImamMazhabEmpat.pdf
http://nippontori.multiply.com/reviews/item/7`
http://kisahislam.wordpress.com/2006/11/24/riwayat-hidup-imam-ahmad-bin-hambal/
http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-imam-hanafi.html
http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-imam-malik.html
http://kolom-biografi.blogspot.com/2009/01/biografi-imam-syafii.ht
ردحذفviagra
viagra asli
jual viagra
toko viagra
viagra usa
viagra original
obat viagra
viagra pfizer
obat kuat viagra
obat kuat viagra asli
obat viagra asli
agen viagra
agen viagra asli
apotik viagra
apotik viagra asli
toko viagra asli
jual viagra asli
jual pil biru
toko pil biru
jual obat kuat
toko obat kuat
viagra asli pfizer
viagra asli usa
viagra asli original
obat viagra jakarta
viagra cod jakarta
viagra jakarta
viagra asli jakarta
obat kuat jakarta
obat kuat asli jakarta
pil biru jakarta
pil biru asli jakarta
jual viagra jakarta
toko viagra jakarta
agen viagra jakarta
apotik viagra jakarta
toko obat kuat jakarta
toko obat kuat di jakarta
harga viagra
harga viagra asli
beli viagra
pil biru asli
penjual viagra
viagra original usa
titan gel asli
titan gel
jual titan gel
toko titan gel
jual cialis
toko cialis
cialis asli
cialis jakarta
cialis asli jakarta
إرسال تعليق
Silahkan tinggalkan komentar..